Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Ahad, 13 Oktober 2013

WUKUF DI ARAFAH

Wukuf adalah kemuncak ibadat haji . Rasulullah SAW ada menyatakan bahawa " haji adalah wukuf" .  Tanpa wukuf  tiada erti ibadah haji. Wukuf bermaksud berhenti atau berada di Arafah walaupun hanya seketika. Masanya bermula dari gelincir matahari 9 zulhijjah hingga sebelum terbit fajar 10 zulhijjah . Waktu afdal berwukuf adalah sebahagian waktu siang pada 9 zulhijjah dan sebahagian malam 10 zulhijjah. 
Jabal Rahmah di Arafah
Masjid Namerah di Arafah
Apabila tiba waktu wukuf semua jemaah haji akan berada di padang Arafah.Arafah adalah antara tempat yang mustajab untuk berdoa. Jadi penuhi masa ketika berada di Arafah dengan solat berjamaah.... solat jamak tamam iaitu tanpa qasar.Banyakkan solat sunat,  bertalbiah, membaca al-Quran, berzikir, berselawat dan berdoa.

Wukuf di Arafah mengingatkan kita tentang pertemuan Nabi Adam dan Hawa kerana terpisah sekian lama setelah dikeluarkan dari syurga. Ia juga megingatkan kita tentang perhimpunan manusia di padang Mahsyar.
payung yang diberikan kepada jemaah haji
Keadaan di dalam khemah di Arafah
Khemah jemaah lelaki
Teringat ketika waktu haji 2009.... kami bergerak ke Arafah pada 8 zulhijjah sewaktu hujan lebat. Seminggu sebelum hari wukuf,jemaah menunaikan solat Istisqa( minta hujan ) . Alhamdulillah.... hujan rahmat.

Setibanya kami di bumi Arafah... payung diberikan kerana masih hujan. Bumbung dan dinding khemah basah.... kerana ia diperbuat dari kain. Hamparan permaidani juga basah..... kami termenung seketika... memikirkan di mana nak berehat, semuanya basah... Laluan dipenuhi dengan takungan air. Inilah cabaran dan dugaan pertama di bumi Arafah.  Akhirnya mutawif memberikan plastik besar sebagai hamparan supaya kami boleh berehat di dalam khemah. Alhamdulillah syukur ya Allah.
Tahun 2009 merupakan banjir yang terburuk dalam tempoh 27 tahun di Arab Saudi. Dilaporkan 106 telah terbunuh dan 350 orang telah hilang. Sebilangan jalanraya ditenggelami air sedalam 1 meter dan 3000 kenderaan dihanyutkan atau dimusnahkan oleh banjir. Alhamdulillah bersyukur sangat kerana kami selamat. Sebenarnya semasa di sana, kami tak tahu pun keadaan banjir teruk ketika itu. Maklumat ini diperolehi  dari ... http://ms.wikipedia.org/wiki/Banjir_Arab_Saudi_2009
ketika mendengar khutbah di Arafah
Suamiku .... kenangan di Arafah
Esoknya cuaca sangat panas....inilah cabaran bagi jemaah haji...Tidur bersesak di dalam khemah, penggunaan tandas dengan ratusan jemaah haji serta menjaga pantang larang dalam ihram.. .. menguji ketahanan fizikal, mental dan spritual. Kesabaran  amat diperlukan. 
menunggu bas untuk ke Mudzalifah
Jemaah bergerak untuk menaiki bas... waktu ini maghrib di Arafah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...