Selepas bengkel Pengurusan Jenazah pada 17 Oktober....
ceramah sempena Sambutan Aidil Adha Dan Qurban diteruskan. Penceramah yang saya jemput telah bersetuju untuk hadir pada tarikh yang ditetapkan. Pada petang rabu .... ustaz Taftazani memaklumkan kepada saya bahawa beliau tidak dapat hadir kerana mertuanya meninggal dunia dan beliau akan balik ke Kelantan . Semoga roh mertuanya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
Siapakah pengganti penceramah ini.... !!!
ya Allah permudahkan urusanku...
Hari khamis.. perlu uruskan Bengkel Pengurusan Jenazah...alhamdulillah rakan2 guru banyak membantu. Ingatkan petang khamis boleh rehat...tapi saya dapat surat untuk hadir program I-TRIM jam 2.30 pm hari khamis bersamaan 17 Oktober. Ya Allah.... mudahkan urusanku... terasa penat sangat .... sedangkan penceramah belum dapat pengganti lagi.
Ustaz2 yang boleh memberi ceramah memang banyak... tapi untuk menjemput mereka perlu prosedur. Keluarkan surat kepada PPD kemudian PPD akan menghantar surat kepada penceramah. Pengetua pula yang akan memberi pelepasan di peringkat sekolah.
Di waktu kritikal nie...
saya perlu mencari penceramah yang tidak perlu kepada prosedur tuu. Alhamdulillah syukur ya Rabb..... akhirnya ustaz Razali Saari ( Pengerusi Darus Syifa di Sungai Besar ) sudi menerima jemputan dari SMK Sg Besar. Semoga usaha dakwah kami ini dinilai sebagai satu ibadah di sisiMu ya Allah.
Dan kami amat mengharapkan agar anak2 didik kami ini akan menjadi hambaMu yang berakhlak mulia, beriman dan bertaqwa serta sentiasa mengingati dan mentaati perintahMu ya Allah.
Ini antara gambar sepanjang program ceramah...jom kita layann
Tiada ulasan:
Catat Ulasan