Pengertian mabit ialah berada di bumi Mina pada malam hari Tasyrik iaitu pada 11, 12 dan 13 zulhijjah. Dan hendaklah berada di bumi Mina lebih daripada setengah waktu malam.
Jemaah haji boleh mabit pada 11 dan 12 zulhijjah sahaja bagi yang melakukan Nafar Awwal ataupun 11, 12 dan 13 zulhijjah bagi yang melakukan Nafar Thani.
Amalan sunat ketika berada di Mina :
- Membaca Al-Quran.
- Berzikir dan bertakbir pada Hari Raya dan Hari Tasyrik.
- Berdoa.
- Melakukan sembelihan Qurban .
- Menghadiri ceramah agama.
- Solat berjemaah.
Tidak Mabit di Mina tanpa uzur syarie adalah berdosa dan dikenakan dam ( Tertib dan Takdir ).
Orang yang dikecualikan daripada Mabit di Mina tanpa dikenakan dam dan tidak berdosa:
- Seseorang yang takut dirinya mendapat bahaya.
- Seseorang yang takut kehilangan atau kebinasaan harta benda orang lain yang diamanahkan kepadanya walaupun sedikit.
- Seseorang yang mencari orang yang sesat atau hilang.
- Seseorang yang sakit dan sukar baginya untuk mabit.
- Seseorang yang menjaga atau menemani orang yang sakit.
- Seseorang yang tidak mendapat tempat untuk mabit kerana kawasan Mina telah penuh sesak dan padat dengan jemaah haji.
- Petugas-Petugas yang diarahkan menguruskan kebajikan jemaah haji.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan