Melontar anak batu di tiga Jamrah iaitu Jamrah Sugra, Jamrah Wusta dan Jamrah Kubra. Masa untuk melontar pada 11 dan 12 Zulhijjah sahaja bagi yang melakukan Nafar Awwal atau pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah bagi yang melakukan Nafar Thani.
Masa yang afdal untuk melontar di ketiga-tiga Jamrah pada hari 11, 12 dan 13 Zulhijjah bermula apabila gelincir matahari ( masuk waktu zohor ) hingga terbenam matahari ( masuk waktu Maghrib ) pada 13 Zulhijjah.
- Melontar 7 biji anak batu pada tiap-tiap Jamrah
- Melontar dengan tertib iaitu dimulai dengan Jamrah Sughra, Jamrah Wusta dan Jamrah Kubra.
- Tertib hari iaitu tidak boleh melontar di ketiga-tiga jamrah bagi hari yang ke 11 Zulhijjah melainkan telah melontar di Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah.Demikian juga tidak boleh melontar di ketiga-tiga Jamrah pada 12 Zulhijjah melainkan telah melontar di tiga Jamrah pada 11 Zulhijjah, Begitulah seterusnya.
- Melontar dengan anak batu atau jenisnya.
- Yakin batu yang dilontar jatuh ke dalam takungan .
- Melakukan lontaran dengan gaya melontar.
- Melontar dengan tangan.
- Melontar untuk dirinya sendiri sebelum melontar mewakili orang lain.
Amalan Sunat Melontar Di ketiga-tiga Jamrah
- Bertakbir setiap kali melontar
- Melontar dengan tangan kanan. Bagi lelaki disunatkan mengangkat tangan dengan tinggi. Jemaah wanita tidak disunatkan berbuat demikian.
- Anak batu yang dilontars sebesar kacang kuda.
- Melontar dalam keadaan menghadap kiblat.
- Melontar secara muwalat ( berturutan ).
- Melontar dengan batu yang tidak bernajis.
Setiap jemaah akan berulang alik dari khemah di Mina ke tempat melontar untuk melontar Jamrah selama 4 hari. Pada 10 Zulhijjah ... jemaah akan melontar hanya di Jamrah Kubra sahaja. Pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah ... jemaah akan melontar di tiga-tiga Jamrah.
Di mana nak cari anak batu semasa di Mina!! Orang yang ramai, tempat yang dipenuhi khemah dan jalan raya yang bertar... mana nak cari anak batu. Sukar juga ye... sebab semua jemaah mencari anak batu... ada jemaah yang pergi di kawasan berbukit untuk mencari batu. Tapi ia terlalu jauh. Lebih senang sekiranya jemaah mengutip lebih anak batu semasa di Muzdalifah( sunat kutip anak batu) ... mudah baginya untuk melontar .
Jumlah semua anak batu yang digunakan untuk melontar bagi 4 hari adalah sebanyak 70 biji anak batu. Pilih anak batu yang kecil sahaja ( sebesar kacang kuda ) agar mudah untuk dibawa. Ketika hendak melontar anak batu ke dalam takungan... pastikan diri kita berada dekat dengan takungan supaya kita yakin anak batu yang dilontar masuk ke dalam takungan Jamrah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan