Waktu menyembelih qurban ialah selepas naik matahari pada hari raya qurban kira-kira selepas kadar cukup masa untuk sembahyang dua rakaat dan dua khutbah yang ringkas. Masa yang afdal melakukan ibadah qurban ialah pada hari raya Aidil Adha sebelum gelincir matahari.Dan waktu qurban berakhir apabila terbenam matahari pada hari ke 13 zulhijjah.
Ulama as-Syafie mengatakan bahawa qurban yang dilakukan sebelum sembahyang hari raya adalah tidak sah.
Hukum melakukan ibadah Qurban adalah sunat muakkad bagi orang Islam yang mampu dan wajib bagi yang bernazar.
Maksud Firman Allah SWT dalam surah al-Kausar : Ayat 2
" Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah qurban ( sebagai tanda bersyukur )".
Perkara sunat Qurban :
- Membaca Bismillah atau bertakbir
- Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
- Menghadapkan binatang ke arah kiblat
- Menyembelih binatang yang gemuk
- Menyembelih sendiri bagi lelaki atau sekurang-kurangnya melihat pada waktu penyembelihan dilakukan.
Syarat sah Qurban :
- Binatang yang sudah cukup umur
- Hendaklah disembelih dalam waktu qurban
- Binatang yang sihat dan tidak cacat
- Disembelih oleh orang Islam
- Binatang ternakan yang halal dimakan
- Diniatkan qurban ketika menyembelih
Binatang yang disyariatkan untuk qurban :
- Kambing biri-biri atau kibas yang berusia 1 tahun atau lebih atau telah berganti gigi
- Kambing biasa yang berusia 2 tahun atau lebih
- Lembu atau kerbau atau sapi yang berusia 2 tahun atau lebih
- Unta yang berusia 5 tahun atau lebih
Setiap tahun.... di kampungku akan diadakan ibadah qurban. Ia diadakan sama ada di masjid, surau dan rumah persendirian. Hampir setiap tahun ... sembelihan qurban turut diadakan di rumah abangku yang juga merupakan imam di kampung. Tahun 2013 nie ....kami juga ikut serta untuk berqurban.
Penduduk kampung bergotong royong menyembelih 7 ekor lembu, melapah, memasak , mengagihkan daging untuk semua ahli qariah .Amalan ini dapat memupuk semangat kejiranan serta mengukuhkan silaturrahim sesama ahli qariah. Agihan daging qurban.... memberi kegembiraan kepada semua.
Ibadah qurban ini .... mengingatkan kita kepada pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail a.s. Mudahan kita juga sanggup berkorban untuk meningkatkan syiar Islam. Dan sanggup berkorban masa, harta dan tenaga demi untuk mendapat Rahmat dan keredhaan Allah SWT.
Lembu yang telah disembelih |
Gotong royong ahli qariah Tali Air 8, Sungai Leman |
Tulang untuk masak sup... |
Basuh daging dan masuk sup 4 periuk besar |
Daging yang siap dipotong.... mula membungkus |
Timbang daging agar dapat sama rata... |
Menyemak senarai ahli qariah |
Daging yang telah siap dibungkus...sebelum diagihkan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan