Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Isnin, 14 Oktober 2013

MABIT DI MUDZALIFAH

Mabit di Mudzlifah  bermaksud berada di bumi Mudzlifah walaupun seketika mulai separuh malam 10 zulhijjah sehingga sebelum terbit fajar hari tersebut.
Amalan-amalan sunat yang digalakkan semasa berada di Mudzlifah :

  • Talbiah
  • Berdoa 
  • Berzikir
  • Solat Sunat
  • Mengutip anak batu untuk melontar jamrah
Pengecualian Mabit jika uzur :
  • Takut terancam keselamatan diri atau harta
  • Menjaga atau menemani orang sakit
  • Mencari pekerja atau keluarga yang hilang
  • Berpenyakit dan sukar bermalam
  • Terpaksa seperti ditinggalkan kenderaan
Jika meninggalkan mabit tanpa uzur syarie adalah berdosa dan diwajibkan membayar dam.

Jemaah haji yang baru tiba di Mudzalifah
Suasana mabit di Mudzalifah

Ketika kami mengerjakan haji 2009... kami di bawa dari Arafah ke Mudzalifah menaiki bas... Masa itu waktu maghrib di Arafah dan apabila sampai di Mudzilafah, kami menunaikan solat maghrib dan isyak secara berjamaah dengan melakukan jamak takhir secara tamam. 
kenangan di Mudzalifah... nie gambar sebelum tidur
kenalan haji KT6
Di Mudzalifah , mutawif menyediakan hamparan plastik bagi jemaah beribadat dan merehatkan diri sebelum bergerak ke Mina. Di sini Jemaah  melakukan ibadat sunat, mengutip anak batu dan tidur seketika. Kemudahan tandas disediakan bagi jemaah haji di Mudzlifah.  Sebaiknya jemaah lelaki dan jemaah perempuan diasingkan tempat duduk agar lebih selesa ketika ingin tidur dan berehat. Tetapi ada juga jemaah yang lebih selesa berada dalam kumpulan keluarga masing2 daripada di asingkan lelaki dan perempuan.

Kami berada di bumi Mudzlifah lebih kurang 5 hingga 6 jam . Tengah malam ... lebih kurang jam 1 pagi kami menaiki bas menuju ke Mina untuk mabit di Mina dan melontar jamrah.

merehatkan diri sebelum bergerak ke Mina

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...