Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Selasa, 8 Oktober 2013

Pengurangan Petugas TH untuk menambah Kuota Haji

Lembaga Tabung Haji  akan mengurangkan jumlah kakitangannya untuk dihantar ke Mekah pada musim haji bagi menambah bilangan kuota jemaah haji. Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pendekatan itu merupakan antara langkah menambah bilangan jemaah haji ekoran jumlah kuota yang dikurangkan kerajaan Arab Saudi. Beliau berkata, untuk itu, pihaknya akan melantik rakyat Malaysia yang bermastautin di Mekah bagi menggantikan kakitangan yang dihantar ke tanah suci bermula tahun depan.

"Dengan pengurangan jumlah kakitangan ini, kita boleh menambah sebanyak 600 jemaah haji lagi dan ini amat penting kerana ketika ini kira-kira sejuta orang masih dalam senarai untuk menunaikan rukun Islam kelima itu.

"Mengikut senarai menunggu, ada antara mereka perlu menunggu sehingga 49 tahun untuk menunaikan haji dan kita perlu berusaha mencari jalan mencapai hasrat tersebut, salah satunya mengurangkan jumlah kakitangan Tabung Haji untuk dihantar bertugas di sana.

Sementara itu, Abdul Azeez berkata, Tabung Haji tidak berhasrat menambah sebarang kos mengerjakan ibadat tersebut di sebalik keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu. "Kita akan meneruskan pemberian subsidi sejumlah RM5,575 subsidi kepada setiap jemaah haji bagi memastikan kos mengerjakan haji kekal sebanyak RM9,980. "Subsidi yang ditanggung Tabung Haji ini merupakan satu pertiga daripada kos sebenar mengerjakan haji iaitu RM15,555 untuk setiap jemaah haji," katanya.


Sumber Utusan Malaysia :  Oktober 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...