Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Jumaat, 4 Oktober 2013

Lawatan ke Langkawi 2013

Kelab guru SMK Sungai Besar mengadakan lawatan ke Langkawi pada 5-7 Julai 2013 yang lepas.. Rombongan cik kiah ..sebab guru perempuan yg lebih ramai.
Jalan2 nak gi shopping .... kan dah dekat raya puasa... ewah..

Bas mula bergerak jam 11.00 malam. Doa dipanjatkan agar perjalanan kami selamat sampai ke destinasi. Bila naik bas saya suka duduk di kerusi hadapan agar mudah melihat jalan dan boleh cepat turun. Tak lama selepas bas bergerak mata pun lelap. Bas sampai di jeti jam 5.11 pagi. Kami berhenti di masjid berdekatan jeti untuk menunaikan solat subuh. Masa tu dah ramai org di dalam dan di luar masjid... Rasanye mereka juga nak menyeberang ke pulau Langkawi.

Sangat bagus jika pihak masjid menambah bilik air dan bilik mandi... masyaAllah...nak masuk bilik air kena menunggu lama sebab ramainya org. aduhh.... kesabaran amat diperlukan ketika ini.  Selesai solat.. kami sarapan dahulu kerana tiket feri lambat lg...

Sampai saja di pulau Langkawi... kami terus ke De Baroon Resort untuk hantar beg2 . Pihak resort memang menyediakan bilik utk menyimpan brg kerana waktu cek in pukul 2...lama lg tu...

Sekarang waktu untuk lawatan dan shopping.... masa kami ke cable car .... ia masih dalam penyelenggaraan ...so kami tak boleh naik. Antara tempat yang dikunjungi ...kilang gamat,  beras terbakar . Idaman suri, Ismail Group, dan kedai2 di pekan kuah.. banyaknye yg diborong oleh rakan2 ku.... 

sempat lg snap gambar dlm feri

seronok anak2 cikgu nie bila naik feri

di kilang gamat

kedai di beras terbakar


banyaknye borong... 

ruang makan de Baron Resort

De Baron Resort
Antara barang yang mesti dibeli apabila ke Langkawi

saya beli ini juga..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...