Teringat kenangan indah lagi manis ketika menunaikan haji tahun 2009 ...
Kenangan saya dan suami berjalan kaki dari Mina ke Mekah sejauh lebih 7 km . Kami berjalan kaki ke Mekah.... semata-mata ingin menunaikan Tawaf Ifadhah/Tawaf Rukun serta menunaikan ibadah Sai'e . Tentu ada yang tertanya-tanya...kenapa terlalu cepat untuk melakukan Tawaf? Sedangkan Tabung Haji akan membawa pulang semua jemaah haji ke Mekah apabila selesai Mabit di Mina pada 13 zulhijjah.
Jawapan bagi persoalan di atas... ...
saya dan suami adalah di antara Jemaah haji yang datang awal ke Madinah dan Mekah, kami dari kumpulan KT6 dan melakukan Haji Tamattuk. Apabila datang awal ke Mekah .....maka kami jugalah kumpulan yang akan balik awal ke tanah air. Oleh kerana pusingan haid saya akan tiba... maka saya dinasihatkan oleh pihak Tabung Haji agar menyegerakan ibadah Tawaf Rukun . Tujuannya .....untuk mengelakkan perjalanan pulang tertangguh kerana tidak selesai rukun haji.
Apabila selesai melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah .... saya dan suami bergerak menuju Al-Haram ( Masjidil Haram ) . Kami bergerak sendirian kerana tiada pegawai Tabung Haji yang akan ke Mekah. Perjalanan kami mengambil masa 1 jam 15 minit ( jarak dari Jamarat ke Masjidil Haram ) . Ketika itu ... ribuan jemaah haji berjalan menuju ke Mekah . Dan sepanjang perjalanan tiada kelihatan jemaah Haji Malaysia melainkan kami berdua.... ( Jemaah haji Malaysia dapat dikenal melalui telekung , beg sandang dan tanda pengenalan diri).
Ikut sahaja tunjuk arah yang dipasang sepanjang perjalanan |
Kegigihan jemaah haji ini membangkitkan motivasi diri sendiri |
Berehat sebentar....sebelum meneruskan perjalanan |
Saya dari awal dapat menjangka perkara ini akan berlaku ......
Oleh itu kami sudah buat persediaan..... sebelum berangkat ke Tanah Suci, saya dan suami mendapatkan pelan perjalanan ( dari Jamarat ke Masjidil Haram ) melalui abang saya sendiri. Pak Imam nie ( panggilan buat abang saya ) cukup arif tentang laluan di Tanah Suci . Pelan itu di bawa bersama ketika Mabit di Mina.
Sampai di perkarangan Masjidil Haram.... masya Allah...terkejut dengan
ratusan tentera dan pegawai keselamatan yang bertugas demi keselamatan dan kelancaran pergerakan ribuan jemaah haji. Memasuki masjid melalui pintu King Abdul Aziz, selesai solat tahiyatul masjid... doa masih berterusan agar dipermudahkan urusan tawaf. Inilah ibadah Tawaf yang cukup mencabar, sangat sesak, ditolak dan terhimpit dengan ribuan jemaah dan mengambil masa lebih dari 1 jam untuk 7 pusingan. Mengeletar kaki apabila selesai tawaf dan solat sunat tawaf . Tambahan pula tapak kaki melecet akibat perjalanan jauh dengan memakai kasut selipar ( selipar putih yang keras ) yang di beli di Mina kerana kasut saya rosak. Itulah pengorbanan, juga ujian, kenikmatan dan keindahan beribadah di sana.
Ya Allah ...syukur Alhamdulillah kerana telah selesai ibadah tawaf.
Kami berehat seketika sebelum meneruskan ibadah sai'e . Doa tetap diteruskan agar mudah urusan Sai'e. Ibadah Sai'e mengambil masa 1 jam lebih kerana ribuan jemaah pada 10 Zulhijjah. Subhanallah...
Setelah selesai ibadah Sai'e, kami kembali ke hotel untuk merehatkan diri . Suasana sunyi sepi ketika kami sampai di hotel . Dan kami terjumpa dua lagi pasangan yang turut melakukan Tawaf Rukun dan ibadah Sai'e. Selepas waktu asar.... kami bergerak keluar dengan menaiki bas menuju ke Jamarat( Tempat melontar ) untuk Mabit di Mina . Nak berjalan lagi... dah tak mampu ....
Kami bertanya beberapa orang arab... bas untuk ke Jamarat. Akhirnya bas menurunkan kami bersama jemaah lain di suatu lokasi yang kami pun tak tahu di mana. Tawakkal sahaja kepada Allah SWT... agar khemah kami ditemui. Kelihatan ribuan khemah...tetapi tak tahu mana satu khemah kami... terus sahaja berjalan mengikut gerak hati . lebih 1 jam kami berjalan barulah kami dapat merehatkan diri ..... Alhamdulillah
waktu malam di Mina .....alhamdulillah kami terserempak jemaah Malaysia |
Tawakkal dan yakin dengan Allah, sentiasa memohon kepada-Nya dan sentiasa melakukan solat hajat untuk semua perkara yang akan kita lakukan dalam ibadah haji dan umrah.
In shaa Allah .... Allah permudahkan semua urusan.
In shaa Allah .... Allah permudahkan semua urusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan