Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Jumaat, 4 Oktober 2013

AIR ZAM ZAM

 AIR ZAM ZAM 


Air zam zam adalah air yang terbaik sekali di muka bumi ini untuk diminum. Air zam zam mudah di dapati di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi di Madinah. Dan setiap jemaah haji yang pulang ke tanah air akan diberikan 5 liter seorang air zam zam. Ketika saya mengerjakan umrah, semua jemaah diberikan 10 liter air zam zam. 

Adab ketika minum air zam zam :


  • Hendaklah menghadap ke arah kiblat
  • Membaca basmalah
  • Minum menggunakan tangan kanan
  • Minum dalam keadaan tenang dengan 3 kali nafas iaitu 3 kali teguk
  • Membaca doa

Doa minum air zam zam :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفَاءً مِنْ كلِّ دَاءٍ وَسَقَمٍ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

Maksudnya :

" Ya Allah , sesungguhnya daku bermohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan penawar bagi segala penyakit "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...