Jutaan manusia datang ke Masjidil Haram sama ada untuk melakukan umrah atau ibadat haji. Ia sentiasa dipenuhi dengan ribuan manusia, tak kira siang atau malam. Apabila kami ingin ke masjid perlulah bangun seawal 2.30 pagi ..... semata-mata nak duduk depan dan nampak kaabah sepanjang berada di masjidil Haram. Ya Allah ... gembira dan syukur bila dapat duduk di bahagian hadapan. Dapatlah duduk saf kedua atau ketiga.
Masa musim umrah perempuan dapat solat di hadapan bagi aras 2 kerana ada pembahagi antara lelaki dan perempuan. Masa musim haji pembahagi telah dibuka luas dan perempuan tentunya akan berada di saf belakang. Boleh jika nak bergerak ke hadapan agar dekat dengan kaabah.....hendaklah sebelum atau selepas solat fardu. Apabila tiba waktu solat.... semua perempuan diminta ke belakang.
Teringat kata-kata orang arab.... hajji haram... haji haram
Ha.... itu isyarat supaya perempuan bergerak ke bahagian belakang.Dan ruangan untuk muslimat memang disediakan .
Jika nak sejuk.... duduklah bahagian yang ada aircond di aras 2. Beberapa perkara yang perlu diambil kira apabila nak ke masjid....
- Datang awal ke masjid supaya dapat ruangan di hadapan . Elakkan berada di tempat yang berdekatan dengan tong air zam zam. Kawasan itu menjadi sesak dan basah ...tentunya anda tak selesa untuk meneruskan ibadah
- Bila nak ke masjid.... sejadah perlu dibawa supaya kita ada ruang untuk solat agar tidak dihimpit oleh jemaah lain. Ini akan membuatkan anda tidak selesa. sebab duduk tahyiyat akhir pun tak boleh sempurna
- Apabila meletakkan kasut di rak kasut... perlu ingat nombor rak itu agar tak keliru kemudian
- Bawalah botol kecil dan tuala kecil untuk memudahkan berwuduk apabila anda terbatal wuduk. Di aras 2 dan aras atas ada tempat air zam zam yang boleh digunakan untuk berwuduk
- Andai tidak memahami kedudukan pintu2 masjidil haram..... gunalah pintu yang sama ketika masuk dan keluar masjid.Jika dah faham pintu2 masjid... no problem
- Gunakanlah ruang masa untuk beribadah dengan penuh khyusuk dan tawaduk
- Jagalah adab2 ketika berada di dalam masjid
- Hormat menghormati dan bertoleransi sesama jemaah
Inilah sedikit panduan bagi jemaah yang ingin ke Mekah buat kali pertama. Kesian bagi jemaah yang uzur.... mereka sesat dan tak tahu macamne nak balik hotel.
Mudah-mudahan amal ibadat kita diterima dan diberkati Allah SWT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan