Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Rabu, 11 Disember 2013

Wadai Kiping @ Gayam Yang Best

Assalamualaikum wbt....




Beberapa minggu yang lalu .... wadai kiping saya siapkan atas permintaan suami yang teringin nak makan . Wadai kiping atau Gayam sebenarnya adalah makanan tradisional orang banjar... Ia seperti bubur. Bila suami dapat makan wadai kiping ni..... sedappnya ai.... itulah ayat2 keramat yang akan mendorong si isteri terlebih rajin lg nak masak. 

Orang yang suka wadai kiping ni... tentu ia akan kata sedap. Bagi orang yang tak minat .... biasa je.Terpulang pada citarasa masing2. Apabila buat dengan cara yang betul , pekat, manis serta ditambah durian ...... ia cukup sedapp...muahh

Sebenarnya masak wadai kiping ni tak ada sukatan  yang tepat ... ikut suka hati kita je . Jika nak pekat kuahnya .... santan kena la pekat. Adjust sendiri je. Bila kita masak... masaklah dengan kasih sayang, masak dengan zikir dan doa...in shaa Allah , ia pasti sedap.


Bahan A

Sepeket tepung pulut
Garam
sedikit air kapur
Air suam

Bahan B

Santan
Gula Merah ( campur dengan sedikit santan dan perlu ditapis )
Gula pasir
Gula melaka
Daun pandan
Garam
Durian ( Masukkan jika suka ... tak de pun tak pe )

Bahan C ( Ibu Wadai Kiping )

Sesenduk Adunan Bahan A
Kelapa parut
Garam
Secawan Beras pulut ( direndam terlebih dahulu, tapis dan blend kering )
* Jika tak nak buat Bahan C pun tak pe.
Cara-caranya :
  1. Satukan tepung beras, garam, sedikit air kapur dan masukkan air suam sedikit demi sedikit. Uli hingga ia boleh digentel. Gentelkan bulat2 dan tekan agar ia menjadi leper. Tinggalkan sesenduk adunan untuk ibu wadai kiping.
  2. Ambil sesenduk adunan tadi campurkan dengan kelapa parut, garam dan beras pulut yang telah diblend kasar, gaul rata serta tambahkan sedikit air . Kemudian gentel bulat dan tekan leper dengan saiz yang lebih besar sebesar duit 50 sen.
  3. Masak santan, masukkan gula pasir, gula melaka, gula merah (untuk warnanya lebih cantik ), sedikit garam dan daun pandan .
  4. Apabila santan sudah mendidih , masukkan kedua-dua adunan yang digentel tadi.
  5. Masukkan durian dan bila adunan yang digentel telah timbul ia menandakan wadai kiping sudah masak.
Selamat mencuba ... masakan banjar yang istimewa.


Adunan tepung 

Ini adunan tepung yang sudah siap digentel


Apabila wadai kiping timbul.... ia sudah masak

Khamis, 5 Disember 2013

Banjir Teruk Di Kuantan

Assalamualaikum wbt.....

Musim hujan sekarang ni ..... jemur pakaian pun lambat kering. Wp lambat kering, tetap syukur kerana saudara2 kita di kawasan banjir seperti di Kuantan, Pahang, Johor, Terangganu .... pakaian mereka tak kering sbb berendam dalam air banjir. Rumah mrk ditengelami air ... bukan setakat pakaian ... malah perabut, barangan elektrik, buku2 sekolah, peralatan rumah serta kenderaan mereka terendam dalam air.

Cuba bayangkan .... betapa sukarnya kehidupan mereka semasa banjir dan selepas banjir. Berapa banyak kerugiaan yang dialami kerana kerosakan harta benda. Mereka terpaksa meninggalkan rumah demi menyelamatkan diri dan keluarga. Lebih menyayat hati bila kita mendengar berita mangsa banjir mati lemas ketika proses pemindahan barang. Sekarang ini di beberapa tempat .... mangsa banjir tiada air paip, tiada letrik dan ada jua yang tiada bekalan makanan kerana kawasan terkepung banjir .

Kita doakan agar mereka yang terlibat dengan banjir terus sabar menghadapi bencana ini. Terus diberi ketabahan dan ketenangan menghadapi ujian dari Allah SWT. Sebagai saudara muslim ..... kita bantulah mereka sedaya mampu bagi meringankan beban insan2 yang terlibat dengan banjir.

Gambar2 yang dihantar melalui wassap oleh keluargaku di Kuantan



Masjid di Batu 3 Jalan Gambang ..... air jernih memasuki masjid wp keruh diluar


Kpg Bukit Rangin, Kuantan ditenggelami banjir hingga ke bumbung





Air hingga ke paras bumbung rumah


Terminal bas Kuantan dan kereta yang ditenggelami air

Bandar Kuantan

Mangsa banjir di Pahang  sehingga 8.00 pagi 5 Disember 2013 seramai 30,307 orang dan Kuantan mencatat jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 22,291

Sangat bagus jika penempatan mangsa banjir seperti di Jepun..... Mudahan ada penambahbaikan masa akan datang. In shaa Allah

Rabu, 4 Disember 2013

Puff Pastry Ayam & Daging



Cuti2 sekolah ni ....teringin nak makan  puff pastry..... saya pun mula  google internet untuk mendapakan idea .... jumpa macam2 resepi . Oleh kerana bahan memang dah ada...... apa  lagi.. terus masuk dapur dan buat inti menggunakan kentang, ayam dan daging... saya adjust sedikit resepi  yang saya dapat dari Amie's Little Kitchan. TQ atas tunjuk cara.  

Oleh kerana saya suka pedas, maka saya tambahkan cili kisar. Saya masukkan sekali ayam dan daging . Ia menjadikan inti puff pastry yang sedapp. .. Berebut2 anak  makan inti.... alamakk takut tak cukup pulak utk puff pastry.

Saya kongsikan resepinya ...

Puff Pastry Ayam & Daging

Bahan - Bahan :

Puff pastry ( Jenama kawan ) 
1 biji telur ayam

Bahan Untuk Inti :

5 biji kentang dipotong kecil2 ( potong dadu )
sedikit ayam dan daging  dicincang ( Nak ayam saja pun boleh )
3 sudu rempah kari daging
2 sudu cili kisar
3 labu bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 cawan air atau lebih 
daun kari
sedikit minyak
garam, gula dan perasa 

Cara-caranya :
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta bawang merah hingga wangi
  2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi , kemudian masukkan rempah kari 
  3. Masukkan daging dan masak sebentar , kemudian masukkan ayam , kentang dan daun kari
  4. Masukkan air dan perlahankan api ... masak hingga daging dan kentang empuk
  5. Kemudian masukkan garam, gula dan perasa
  6. Masak hingga kuahnya hampir kering
  7. Boleh diangkat dan ketepikan dahulu
  8. Ambil puff pastry dan potong dua, kelar-kelar satu puff pastry
  9. Letak inti ditengah2 kepingan puff pastry 
  10. Ambil satu lagi puff pastry yang dikelar tadi dan tutupkan inti puff pastry
  11. Ambil hujung garfu dan tekan disekeliling puff pastry supaya ia melekat
  12. Susun di dalam loyang yang telah disapu mentega
  13. Sapukan telur di atas permukaan puff pastry
  14. Bakar dengan suhu 180'c selama 30 minit
  15. Sedia untuk hidangan minum pagi/petang/malam ..... enak di makan ketika panas.
Anak2 umi  boleh cuba resepi  ni ye ...

Inti yang sudah siap

Pastry di potong dua 


Puff Pastry sedia untuk di bakar



Selasa, 3 Disember 2013

Popia Goreng Isi Ketam

Assalamualaikum wbt...

Petang ni Atirah sediakan menu minum petang.... Popia Goreng Isi Ketam . Rajin anak umi... bagus2. Diberi pujian sebagai tanda penghargaan .... bertambah semangat dan rajin dia. Mudahan terus istiqamah kerajinannya. Mudah je cara membuatnya.



Bahan-bahannya :

30 Kulit Popia
15 Isi ketam dipotong dua
1 batang karot di sagat
1 biji sengkuang dihiris kecil atau disagat
Sedikit daun bawang dipotong halus
3 sudu tepung gandum dicampur dengan 2 sudu air untuk gam kulit popia

cara-caranya :
  • Leraikan kulit popia satu persatu.
  • Letakkan isi ketam,  karot, sengkuang dan daun bawang.
  • Lipatkan popia dan gulung kemudian gamkan dengan bancuhan tepung gandum dan air.
  • Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan. 
  • Hidangkan dengan sos cili.

Popia yang sudah siap di gulung

Isi ketam 

Jalan2 Cari Makan Di Sekin Restoran

Petang semalam saya dan keluarga pergi makan2 di Sekin Restoran, Sekinchan. Agak istimewa tempat nie... nak tau ??.  Sekin Hotel & Resort  telah dibuka pada Ogos 2012 oleh usahawan melayu tempatan iaitu keluarga Dato Jamal Md Yunus. 

Bagi pengunjung yang datang bercuti ke Sekinchan boleh menginap di sini dengan bayaran yang murah dan bilik yang selesa.


Satu tarikan resort ini ialah menara Tinjau setinggi 24 meter . Di atas menara di sediakan meja dan kerusi untuk pengunjung yang kepenatan menaiki 100 anak tangga.

Dari atas menara kita dapat saksikan pemandangan sawah padi, jeti nelayan, pekan Sekinchan dan lautan yang luas mata memandang.


Boleh jalan2 di tepi pantai sementara menunggu hidangan siap.



Pemandangan Perkampungan nelayan  dan kolam ikan dari atas menara.

Kat kolam ini terdapat lebih 50,000 ekor  ikan patin, talapia dan ikan jelawat. Bagi yang suka memancing, boleh datang memancing di kolam resort nie dengan bayaran RM15 untuk dua ekor ikan dan ia termasuk upah masak tau. Boleh suruh ceff masak menu yang disukai. Bagi yang tak pandai memancing tu, kat sini gerenti boleh dapat ikan sbb ikan terlalu banyak. Bestt kan , murah pulak tu.


Jika tak nak memancing... boleh beli makanan ikan dengan harga RM2 dan beri ikan2 itu makan. Pasti anda akan teruja melihat ikan yang berebut2 mendapatkan makanan. 


Macam2 menu ada di sini, masakan pun ok


Ada beberapa aktiviti di resort ni selain memancing, pengunjung boleh merasai pengalaman menangkap ayam yang dilakukan waktu senja sebab ayam rabun pada waktu itu. Aktiviti lain ialah menangkap ikan di bendang ( sawah ), jangan terkejut tau...  tangkap ikan tanpa sebarang alatan seperti tangguk , hanya menggunakan tangan sahaja. Teringat pulak zaman budak2 dulu... tangkap ikan kat bendang.

Bagi yang nak datang untuk menginap atau makan2 boleh call no nie untuk tempahan.

0332418499/ 0332418497

Isnin, 2 Disember 2013

Ahmad Ammar Ahmad Azam Pemuda Luar Biasa


Ammar, pemuda berusia 20 tahun merupakan penuntut jurusan sejarah Universiti Marmar, Turki. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 2 November 2013 yang lalu kerana terlibat dengan kemalangan yang melibatkan sebuah ambulan.

Keistemewaan pemuda bernama Ammar ini dapat dilihat selepas pemergiannya. Antaranya allahyarham telah disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan, Turki.

Tanah perkuburan ini telah menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya, penglima Uthmaniyyah dan orang 2 kenamaan di sana. Di situ terletaknya makam Saidina Abu Ayub al-Ansari iatu sahabat rapat Rasulullah yang meninggal dunia tahun 674 Masihi.


Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sana. 

Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham di solatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

Subhanallah...... berebut orang ramai untuk menjadi sebahagian orang yang mengusung keranda allahyarham ....Sedangkan Ammar hanyalah seorang penuntut dari Malaysia yang berada di sana. Bagaimanapun yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat ingin mati syahid.


Siapakah Ammar .... pemuda istimewa yang syahid di Turki. Saya kongsikan catatan sahabat karib Ammar di fb...... semoga catatan ini , menjadi iktibar untuk dicontohi. Menjadi insan mulia di dunia dan akhirnya dimulaikan Allah Rabul Jalil. Semoga lebih ramai pemuda seperti Ammar.

Cerita tentang Allahyarham Akhi Ahmad Ammar.

Bismillah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Oleh krn rmai yg brtanya dan ingin mngenali lebih dekat siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yg baru2 ini mnggemparkn ummah dgn pemergian beliau mnghadap Ilahi. Maka sy sbg sahabat spengajian beliau di Turki brasa brtanggungjwab utk mmperkenalkn serta mem 'promote' kn sgl kebaikan yg beliau prnah lakukn smasa hayatnya mudah2an ia dikira ilmu brmanfaat yg dtinggalkan beliau (yg mana pahalanya brterusan shingga kiamat). Harap kpd siapa yg baca, baca lah smp tamat. Maaf ia agak pnjang dan akan mngambil masa paling kurang 20 minit dgn bnyak ayat yg x trsusun.

Beliau ntara student Msia trawal ( beliau batch ke 2, sy ke-4 walaupun smp skrg student msia d Turki x smp 35 org pun) yg mlawan arus perdana apabila mmilih Turki sbg destinasi pngajian setelah SPM. Sbb tu kami pggil beliau Abg Long. Agak aneh, seorang yg pernah dinobat sbg pelajar kedua trbaik SPM 2010 di RMC dgn pencapaian 9A1 1A2 mmilih utk smbung d Turki, Negara yg sering dlabel sbg Negara eropah yg 'sakit'. patutnya beliau ke tempat yg lebih brprestij. dah la amb Turki, ingatkn amb medic ke, atau engineering, tgk2 amb sejarah, bidang yg sering diamb oleh student gred C dan D, sjarah Uthmaniyyah plak tu. MashaAllah. Bila prtama kali sy tnya beliau knapa pilih Turki dan amb sejarah. Jawapan beliau "Turki ni dulu prnah jd pusat Dunia Islam 600 tahun, xde kuasa dunia yg lg lama drpd tu, Negara lain pun respect n tunduk dgn Turki, knapa kita x bngga, tu sjarah kita. kita boleh kmbalikn balik sjarah tu. lpstu kita ni da blaja tinggi2 last2 org yg blaja lebih2 kurang plak control kita. sbb tu ana amb sejarah". Cukup trsentak dgn jawpan tajam beliau.

Beliau seorg yg sgt pndiam, tp skali beliau cakap, smua org nk dgr dan akan ingat ap yg beliau cakap. Beliau jg sgt susah nk gelak ketawa, tp skali beliau ketawa smua org ingat bila dan apa yg buat beliau ketawa. Beliau jgn haraplah nk brckp dgn perempuan, sgt kekok klu beliau dlm situasi trsebut. prnah skali beliau bwk student msia overseas yg dtg cuti d Turki dn kebetulannya perempuan, oleh krn beliau malu nk bg tahu kt perempuan trsebut, beliau call seorang sahabat kami yg amb master d Turki utk tlg bg tau perempuan tu apa yg dia nk bg tau. Padahal beliau ad dpan prempuan trsebut. MashaAllah begitu skali beliau mnjaga dirinya.

Beliau seorang yg sgt rajin menolong, klu ad prgrm ap2 d rumah, beliau org yg pertama smp utk bantu bentang tikar, sapu2, kadang2 masak dan hidangkan makanan. beliau jgla yg last skali balik sbb nk bantu gulung tikar, sapu2 balik, basuh pinggan dn bungkuskn makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sgt sopan santun, sgt brjaga2 ketika brtanya dn sgt brdisiplin. sbb beliau prnah ckp "dulu mse kecik2 mmng kuat ah main2 tp lpas masuk RMC mmng kna train habis". Sy cukup rapat dgn beliau dan keluarga beliau malah sy mngenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. mana tidaknya msa first time sy ngaji dpan org umur 8 tahun, atas prmintaan bapa beliau lah yg ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lg sy aktif dlm prgrm ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak sy smp d Turki, klu sabtu ahad, sy akan prgi ke rumah beliau dkt Fetih Mahallesi (hari2 lain sy d asrama Turki) ,mkan sma2, beliau masak, brsukan, brdiskusi smp tulis kt whiteboard dan akan tidur d biliknya. ntara cara beliau ialah sbelum tidur dan bangkit dr tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pd masa tu sy ingat mungkin dr sek. menengah lg kot dia mcm ni. Beliau sering tidur lewat krn mmbaca buku (buku2 nya bnyak yg dah ghabak dan bnyak tulisan menunjukkan yg mmng beliau mmbacanya). Bulan lpas, sy dminta utk bentang mngenai sejarah Uthmaniyyah di laman Univ. Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yg sy jdkn rujukn utama. beliau pun bg la buku2 dan article2 sbg prsediaan utk sy. Beliau jg cadangkn supaya setiap minggu mesti ad student yg akan present mngenai apa2 ikut bidang masing2. 

Ketika Eid Adha yg lalu, kami (student Msia) brkump. brsama2 selama sminggu. dlm seminggu tu ad 1 hari full prgrm dr pg smp mlm. kami dibahagi2 ikut kump. Dtakdirkn Allah, kump sy dketuai oleh beliau. tp yg lawaknya nama kump sy yg beliau bg.oleh sbb beliau sgt suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kump kami yg beliau bg ialah 'Fatih Var Mı?' yg brmaksud Fatih ade ke? sgt kelakar sbb nama kump kami soalan. Jd setiap kali nama kump kami dpanggil, smua akan ketawa trbahak2 trmasuk kami dn beliau sendiri. Tugasan kami adalah pg ke muzium Atatürk dn buat skit research. Dlm muzium itu, beliau seolah2 jd penceramah apabila sgl gambar2 yg ad dlm muzium trsebut beliau trangkn dgn detail lebih drpd petugas2 muzium trangkn pd kami.

Ad skali tu time mkan mlm d rumahnya, beliau crita pngalaman beliau smasa mngikuti misi kmanusiaan d Syria. Beliau kt,"Ana ni bukannya reti Arab". smua org yg mnyertai misi ini tahu bhs arab dn bila tentera Syria tnya dr mna dtg, mrk jwb Syria (walaupun bukan sbnrnya). bla smp turn beliau dtnya, beliau jwb Maliziya, trus x dpt masuk. Alhamdulillah beliau brjaya jg cari jln belakang dn masuk pd waktu mlm scara smbunyi. Sbelum bliau pg, beliau prnh kt "ana klu tgk prempuan2 Turki ni msti rsa mcm nk kena kwen da ni, x tau sbb apa". ketika beliau brmalam d wad hospital Syria , beliau trdgr bunyi bom yg sgt kuat, trus beliau mengucap dn brsedia utk syahid (krn salah satu tujuan beliau ke Syria jg adlah utk syahid). kemudian x de apa2 brlaku beliau trus tidur. Dlm tidurnya beliau brmimpi brtemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau d Syria, beliau ad brtanya dgn sorang pemandu di Syria (kbetulan driver tu boleh ckp inggeris skit2) "knapa pemuda2 kt sini brani betul dn nk syahid" driver tu jwb "pemuda kt sini da x pandang da harta bnda dan wanita2, diorg sume hnya tggu syurga dn bidadari syurga, sbb tu diorg nk syahid". Beliau pun ceritakan apa yg beliau mimpi, driver tu kt "awak ni boleh mati syahid ni". Sekembalinya beliau ke Istanbul dgn slamat, kami pun (psl baru habis baca buku 'Kemenangan yg Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkn beliau 'Syahid yg Trtangguh'. Bila beliau cerita pd kami yg beliau mimpi. kami smua gelak dan kata, "nta ni kuat sgt brgurau". Namun hari2 berikutnya beliau mmng brubah, setiap kali beliau pndang prempuan, tiada apa2 yg drasainya. 'Ajeeb!!!

Prnah jg beliau minta pd sy, "nta tlg ngaji time ana kawen nnti ye" sy pun jwb smbil trsengheh "dah dkat ke? dgn org mna?" Beliau jwb "ana mintak ayah ana carikn, ayah nk cari org bosnia" ktanya smbil brseloroh. Beliau jg ckp "nnti klu kt ana meninggal kt sini pun nta tlg ngaji jg skit paling2 pun Qul huAllah pun ok la" sy pun jwb "x yah la ckp2 mcm tu".

Bbrp hari sblum beliau pergi mngahadap Yang Maha Esa, kami brtemu dlm satu majlis makan malam di Çamlıca. turut dhadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kbetulan bbrp hari sbelum itu pula, sy brkesempatan brtemu dgn Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nnti sy terangkn knapa sy selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya sy mcmna bleh jmp Dr. Davut sbb beliau nk sgt jmp dgnnya. Sy jwb Dato' Seri Anwar Ibrahim yg bwk jmp msa dia dtg Beşiktaş hari tu. Beliau kt Dr. Davut seorang yg sgt bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) shj dah boleh gerunkn musuh2 Turki. Pd mlm itu beliau brcakap bnyak lebih dr biasa.

HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi x sy sangka2 itulah prtemuan perpisahan kami di ardhillah ini krn 2 hari slps itu, insan yg sudah sy anggap sprt abang dn murobbi tlh dpanggil mnghadap Tuhannya. Beliau prgi meninggalkn kami dan ummah buat slama2nya. Saat beliau ingin melintas d jln raya, kaki beliau trgelincir krn jln mmng agak licin, trus dlanggar sebuah ambulan kena bhg bahu bliau (faham2lah ambulan Turki laju mcmna). Kami trus ke hospital utk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba d airport pd besoknya dgn keadaan yg ckup tenang (sy x prnah melihat wajah setenang mrk yg baru shj kehilangan seorang prmata yg lebih awal dpanggil olehNya, malah beliau mrupkn satu2nya anak lelaki dlm kluarga). Sy masih x dpt trima hakikat ketika itu, ia sprt mimpi. Setelah jenazah dmandikn, kelihatan peluh msih ad pd wajah beliau. Sy knal muka beliau time tidur dn begitu lah wajah yg sama pd ketika itu, mmng rasa mcm nk kejutkn je. Namun Allah lebih mnyayangi beliau.

Ketika jenazahnya d solatkn di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yg hadir. Pd ketika itu, saya yakin beliau seorang yg tiada musuh. Rakan2nya sama2 ponteng klas pd hari itu sbb lecture2 pun x dtg univ. smata2 utk brsama solatkn jenazah beliau. Saat dkebumikn di prkuburan Eyyüp Sultan Camii, rmai yg x sangka beliau boleh dtempatkn d situ (krn prkuburan tresbut jg ad maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yg lain, jd agak luar biasa klu org yg tiada kaitan dgn krajaan tmbahan pula foreigner utk dtempatkn d situ) MasyaAllah. Ketika itu, kwan2 univ. beliau turut mmakai lencana gambar beliau pd pakaian masing2. Dlm video ini, sbnrnya bukan sy djemput utk bc surah Al-Ikhlas (x sprt yg trtera dlm video), tp sayalah yg minta utk baca. Sy ckap dkat Hoca bhw Al-Marhum prnah minta sy bc pd msa ini. Sy pun baca surah Al-Ikhlas sbnyak 3 kali (dlm video tu kali prtama), kali ke2 dan ke 3 sy sebak dan x dpt menahan air mata yg mengalir mengenangkn prmintaan beliau smasa hayatnya yg pd masa itu sy fikir beliau brgurau. setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jmp dn kata pd sy smbil senyum "nnti bc lama2 lg", sy trdiam, hati sy kata pkcik ni x rsa sedih ke, sy lebih emosi dr bapa beliau ketika itu. Pd keesokan harinya, bapa beliau mndpt pnggilan telepon dr Dr. Davut yg turut mngucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka org yg teringin sgt beliau nk jmp smasa hidup tp x brkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mndpt pengetahuan org itu. Bbrp hari yg lalu, fakulti beliau d Univ. Marmara tlh menanam sbuah pokok yg dberi nama smpena nama beliau. Papan utama d Marmara Univ tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yg brmaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana trsebut kata pd sy smbil mnggeleng kepala "ini bukan anak yg pkcik didik ni, mesti ad org lain yg didik dia smp ke tahap ini."

Last skali sblum beliau pergi, status terakhir beliau d FB surah Taubah ayat 111 yg mana Allah brfirman "Sesungguhnya Allah mmbeli org2 mukminin, diri mrk serta harta mrk dgn syurga" ckup mmberi kesan kpd sesiapa shj yg mmbcanya. Sy redha beliau tetap telah pergi. hnya ilmu, nasihat dan smangat yg beliau tggalkn pd sy. kalau dulu org sebut Fatih var mı? pasti akan ketawa trbahak2, namun kini kalau dsebut lg, hnya wajah beliau yg akan dkenang dan air mata akan mngalir. Rmai diantara kami ingat apa yg jd pd beliau akan mnjadi kerisauan ibu bapa d luar utk mnghantar anak2 mrk ke Turki. Namun kuasa Allah rupa2nya beliaulah pncetus dan pembuka mata kpd masyarakat utk mula mngenal apa itu Turki dsamping mnjalinkn hubungan yg erat ntara Msia dan Turki.

Sungguh, beliau hebat,hebat, mmng hebat!!!. Moga dgn hnya menonton video ini rmai lg pemuda2 yg akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Sy pasti dan akan slama2nya mencemburui beliau. "Abg Long Ammar Ağabey.Seni çok seviyorum". Doakan beliau dtempatkn brsama para mukminin.

Al-Faatihah.

MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
20/11/2013
İSTANBUL,TÜRKİYE


Ahad, 1 Disember 2013

Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah

Harian Brunei

Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah
2013. #sila share.

LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN
ATAU SEBALIKNYA 198 (1) mana2 lelaki yg
memakai pakaian perempuan dan berlagak
menyerupai perempuan atau mana2 perempuan
yg memakai pakaian lelaki dan berlagak
menyerupai lelaki di mana2 tempat awam tanpa
alasan yg munasabah adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan
dikenakan suatu denda tidak melebihi $1000,
dihukum penjara selama suatu tempoh tidak
melebihi 3bulan atau kedua-duanya sekali. (2)
mana2 lelaki yg memakai pakaian perempuan dan
berlagak menyerupai perempuan atau mana2
perempuan yg memakai pakaian lelaki dan
berlagak menyerupai lelaki di mana2 tempat awam
untuk tujuan yg tidak bermoral adalah melakukan
suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit
kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi
$4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak
melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236(1)
mana2 orang Islam yang telah ditaksirkan dengan
sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau
fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan
Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan
gagal untuk memperolehi secara rayuan atau
selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi
penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk
membayar zakat atau fitrah tersebut adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika
sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak
melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu
tempoh tidak melebihi 2 tahun atau keduanya
sekali.

KHALWAT 196. (1) Mana-mana orang Islam yg
melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan
dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan
suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum
penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu
tahun atau kedua-duanya sekali. (2) Mana-mana
orang bukan Islam yg melakukan khalwat dengan
orang Islam adalah melakukan kesalahan dan
hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu
denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara
selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun
atau kedua-duanya sekali. (3) Dalam bab ini
KHALWAT bermakna (a) bersekediaman,
bersekedudukan, berkurung; atau (b)
Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yg
mendatangkan syak bahawa mereka sedang
melakukan perbuatan maksiat,

TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194.
Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan
sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur
syar'ie atau tiada alasan-alasan yang munasabah
adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah
jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak
melebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakan
suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan
kedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi
$1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.

TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN 195.
(1) Mana-mana orang yang memakan atau
meminum atau menghisap apa jua tembakau
ditempat awam semasa waktu berpuasa dalam
bulan Ramadhan adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan
dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000,
dihukum penjara selama suatu tempoh tidak
melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. (2)
Mana-mana orang yg menjual atau menghidang
ada jua makanan atau tembakau untuk
dimakan,diminum atau dihisap dengan serta merta
di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu
berpuasa dalam bulan Ramadhan adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika
sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak
melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu
tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-
duanya sekali. (3) Ceraian (2) hendaklah tidak
dikenakan kepada mana-mana pengamal
perubatan atau mana-mana orang lain yang
menghidang apa jua makanan, minuman atau ubat
kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu
berpuasa dalam bulan Ramadhan yang tanpanya
pesakit itu terjejas. (4) Jika mana-mana orang yg
gagal mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannya
sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya
hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan
kesalahan tersebut dan telah menyebabkan
kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu
melainkan dia dapat membuktikan bahawa
kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa
kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya
dan dia telah mengambil langkah-langkah yang
munasabah untuk mencegah daripada perbuatan
itu dilakukan.

HUKUMAN ZINA 69. (1) Mana-mana orang Islam
yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada
dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah
sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut
Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati
dengan mengambil kira kehendak-kehendak
tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan
dikenakan hukuman hadd seperti berikut - (a) jika
dia muhshan, direjam sehingga mati dengan
disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau (b)
jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan
dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam
dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.
(2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina
dan dibuktikan dengan keterangan selain yang
diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika
sabit kesalahan - (a) jika dia muhshan, disebat
tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara
selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau
(b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi
15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu
tempoh tidak melebihi 3 tahun. (3) Mana-mana
orang bukan Islam yang melakukan zina dengan
seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan
ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-
kurangnya empat orang syahid setelah Mahkamah
berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-
kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan
suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit
kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama
sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian
(1). (4) Mana-mana orang bukan Islam yang
melakukan zina dengan seseorang Islam dan
dibuktikan dengan keterangan selain daripada
yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika
sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang
sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah
ceraian (2).

HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN
MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR
BALIGH. 70. Jika mana-mana orang yang bukan
mukallaf atau belum mencapai umur baligh
melakukan zina dan- (a) dibuktikan sama ada
dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah
sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut
Hukum Syara' setelah Mahkamah berpuas hati
dengan mengambil kira kehendak-kehendak
tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu
kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan
dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan
ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang
difikirkan sesuai oleh Mahkamah selama suatu
tempoh tidak melebihi 3tahun; atau (b) dibuktikan
dengan keterangan selain daripada yg
diperuntukan dibawah perenggan (a) adalah
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika
sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15
sebatan dan ditahan di mana-mana pusat
pemulihan yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah
selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

Perkongsian dari blogger Suhaili Sahari

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan Perintah Kanun Jenayah Syariah (pdf file) bolehlah download secara online. Dikongsikan linknya

Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013
http://www.agc.gov.bn/agc1/images/LA...13/BM/B069.pdf

Syariah Penal Code Order 2013
http://www.agc.gov.bn/agc1/images/LA...13/EN/S069.pdf

Bilakah Malaysia akan melaksanakan hukuman Hudud ????. 
Pelaksanaan hudud dapat membenteras jenayah yang semakin berleluasa.
Tahniah dan syabas ..... Kerajaan Berunai. Semoga Allah memberkati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...