Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Selasa, 4 November 2014

Cerita KLIA2

17 Oktober  lepas ... kami ke KLIA2 untuk bercuti ke Langkawi.  Kami sampai awal sebab belum pernah sampai sejak ia dibuka Mei lalu. Datang awal supaya memudahkan kami mengenali tempat baru.... nak cari tempat parking,  daftar masuk , balai berlepas  dan yang penting tempat solat.
Jom kita lihat tempat baru ni ....
Suasana di bangunan terminal ... sentiasa sesak dengan pengunjung
Bila parking , yang penting mesti ingat blok dan level . kami siap ambil gambar biar mudah nak kesan kedudukann kereta apabila pulang nanti. Bayaran parking kat sini MAHAL ... untuk 3 hari ... kami bayar Rm138.00 .
Lihat d imana perlu mendaftar masuk ... 
Antara tempat menjamu selera .... makan kenyang2 dulu , baru naik flight sebab dalam flight lebih mahal harganya. Jika nak murah ... oder makanan dan minuman semasa pembelian tiket. Dan pastinya anda akan dilayan terlebih dahulu semasa dalam flight.
Gate pelepasan dalam negeri
Gate pelepasan antarabangsa
Bahagian daftar masuk 
Kiosk check in airasia
Kita perlu datang awal kerana  akan mengambil masa dari tempat parking ke bangunan terminal.  Memang jauh perjalanan .... balai berlepas terlalu jauh. Dari pintu masuk  perlepasan  , Ia mengambil masa 20 -25 minit untuk sampai ke balai berlepas.
Laluan ke balai berlepas ... 
Balai pelepasan ...
Ruang menunggu sebelum berlepas. Disediakan kemudahan surau , tandas dan cafe 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...