Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Rabu, 12 November 2014

Jadilah Guru Yang Tuturnya Digugu

Assalamualaikum. Wbt.  Tazkirah santai petang ini….
Apa khabar kawan2 semua?, moga semua sihat dan dipermudahkan segala urusan.
Saya teringat antara isi ucapan Dr jamali sempena persaraannya jumaat semalam… 
“JADILAH GURU YANG TUTURNYA DI’GUGU’, DAN TINGKAHNYA DITIRU.”
Itu bahasa Jawa,  lebih kurang maksudnye : Jadilah guru yang kata-katanya diikut dan tingkah lakunye dicontohi...    Kata-kata itu sangat bermakna, terutamanya kita sebagai guru. ok la.
Kalau kita nak anak murid berdisiplin - kita mesti berdisiplin terlebih dahulu.
Kalau kita nak anak murid kita menepati masa – kita mesti tepati masa dulu
Kalau kita nak anak murid kita dengar masa kita cakap .... kita juga mesti diam @ senyap apabila ada orang bercakap sama dalam majlis atau perhimpunan.
Kalau kita nak anak murid kita hormat kat kita… kita mesti baik dan mesra dengan hormat dengan diorg.
Kalau kita nak tengok budak suka kat kita atau tak? , kita tengok situasi kat bawah ni, nk bagi 3  je dulu ptg ni.. 
1. Ada tak budak tegur kita? Tak tegur, senyum pun jadi la. Ada tak?
2. Tengok bila terserempak dengan kita, dia terus @ nak ngelak jalan lain?
3. Hari guru…. Ada tak hadiah dari anak murid? Kadang2 jangan hadiah, ucapan budak pun tak dapat ….sedih kan, Pastu kita merungut, mcm2 kita sangka buruk kat budak… tak kenang jasa la, tak hormat la, mcm2 lagi... salah sape tu?... last2 kutip duit sendir beli hadiah sendiri dan bagi kat diri sendiri.... 
Ok la kawan-kawan… cukup la dulu utk petang ni, maaf sangat2… tazkirah ni mcm pedas cikit…takde niat nak menyinggung sesiapa pun, nak peringatkan diri sendiri dulu sebenarnya… dan utk ingatan kawan-kawan amnya. Wassalam
“JADILAH GURU YANG TUTURNYA DI’GUGU’.  DAN TINGKAHNYA DITIRU.”
Tazkirah oleh ustaz Ahmad Muhid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...