Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Jumaat, 28 November 2014

On The Way To Pass A Way

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Jumaat, 5 Safar  1436H. ON THE WAY TO PASS A WAY !

Firman Allah SWT yang bermaksud : "Apabila nafas (seseorang) telah sampai ke kerongkong, dan dikatakan kepadanya, "Siapakah yang dapat menyembuhkan. Dan dia yakin bahawa sesungguhnya itulah waktu perpisahan dan bertaut betis kiri dan betis kanan, kepada Tuhanmu lah pada hari itu kamu dikembalikan." (QS. Al-Qiyamah : 26-30)

PENCERAHAN :
Ust. Kay sebenarnya tersentuh apabila mendapat bahan 'viral' di WhatsApp, sepasang warga emas telah ditetak apabila berlaku rompakan di rumahnya. Mutakhir ini, banyak kes-kes seperti ini berlaku di negara kita sama ada sehingga melibatkan kematian atau cedera parah.

Ia juga berkaitan kematian mengejut selain kematian akibat strok sakit jantung, darah tinggi dan kemalangan jalanraya yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Alangkah moleknya sekiranya kita dapat melakukan persedian sebelum menghadapi kematian. Antara amalan yang boleh kita lakukan sebelum ajal menjelang tiba bila-bila masa ialah :

1) Bertaubat dan Beristighfar Setiap Hari.
Baginda Rasulullah SAW sendiri walaupun seorang nabi yang maksum (terpelihara dari dosa kecil mahupun dosa besar) tetap beristigfar lebih 70 kali sehari supaya lidah dan hati sentiasa menyebut dan mengingati Allah. Firman Allah SWT  :

وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَأَنتَ فِيهِمْ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُون

“Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar).” (QS. Al-Anfal : 33)

2) Khusyuk Dalam Solat.
Daripada Abu Hurairah r.a, katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya solat fardhu sesuatu. Allah berfirman: Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardhu. Demikianlah keadaan amalan lain." (HR : At-Tirmidzi)

3) Melunaskan Semua Hutang-piutang.
Bila mana orang yang masih menanggung hutang itu mati atau meninggal dunia dalam keadaan hutang yang belum habis diselesaikan. Anak-anak , isteri dan waris-waris pula tidak tahu ataupun tidak mahu bertanggungjawab untuk menyelesaikan hutang si mati.

"Dari Abi Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW maksudnya : "Roh seseorang Mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.'' (HR : At-Tarmidzi)

4) Banyakkan Sedekah Jariah.
Amalan mewaqafkan harta pada jalan Allah SWT adalah termasuk sedekah jariah. Selagi harta benda yang diwaqafkan itu masih wujud dan dinikmati faedahnya olah umum maka pewakaf akan mendapat pahala yang berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia meninggal dunia.

Di sini Ust. Kay ingin merakamkan  jazakumullahu khairan kathiran kepada mereka yang telah menyumbangkan dana untuk Pembinaan Pondok Balai Ilmu SAFC, Pusat Pengajian Celik Al-Quran yang Ust. Kay usahakan.

5) Menyebarkan Ilmu Yang Bermanfaat.
Abu Hurairah r.a. berkata : Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Sesiapa yang mengajak ke jalan kebaikan, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala) pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan kejahatan, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun." (HR : Muslim)

6) Pastikan Anak Sentiasa Mendoakan Kita.
Doa seperti :

رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيْرًا. "

"Ya Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku serta cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dan menjagaku sejak kecil dahulu."

Di dalam syurga nanti, seseorang diangkat darjatnya oleh Allah SWT lalu dia bertanya kepada Allah: “Ya Tuhanku, bagaimana saya mendapat darjat kebesaran ini?”. Allah SWT menjawab : “Ini disebabkan doa anakmu yang memohonkan keampunan bagimu.” (HR : Ahmad - Kitab Mustika Hadis)

7) 'Kosong-kosong' Kepada Semua Orang.
Kita hendaklah mendapatkan kemaafan daripada saudara-mara, jiran tetangga, sahabat handai, rakan sekerja dan sesiapa saja yang kita rasa telah melakukan kesalahan dan dosa. Sekiranya berkaitan wang ringgit ataupun harta-benda, hendaklah kita pulangkan semula atau kita gantikan dengan senilai dengannya.

(ANDA TERLEPAS CUIT-CUIT UST. KAY YANG LALU? JANGAN BIMBANG... DAPATKAN BUKU CUIT-CUIT USTAZ KAY'S DI KEDAI-KEDAI BUKU SELURUH NEGARA)

KESIMPULAN :
Sediakan payung sebelum hujan, check tekanan darah selalu sebelum kena darah tinggi, sediakan amalan sebelum kematian dan sediakan RM 25.00 sebelum dapat buku CCUK Hehehehe... Wallahu a'lam - Maafkan segala kesalahan Ust. Kay selama ini. Tekanan darah Ust. Kay sepanjang minggu ini, 131/100. Bersedialah untuk tidak dapat membaca CCUK setiap hari lagi selepas ini... doakan kesihatan Ust. Kay ye ! Ukay's (UST. HJ. KAMIL SIDEK)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...