Pulau Langkawi merupakan satu destinasi yang cukup menarik untuk melancung , bercuti atau berbulan madu. Sekali datang .... lepas tu pasti nak datang lagi. Faktor utama kerana banyak tempat menarik untuk dikunjungi dan tempat shopping... bagi yang suka shopping. Jom kita lihat apa yang menarik di sini.
1. Dataran Lang
Sesiapa yang datang ke Langkawi. ... pasti akan ke sini. Masing2 nak bergambar dengan helang gergasi tu.... bukti dah sampai Langkawi. Hi hi . Bila dah terlalu ramai pengunjung kat sini , siap kena tunggu giliran untuk bergambar bersama helang. Ia tempat yang cantik, view laut yang mendamaikan disertai angin yang menyegarkan.
Sesiapa yang datang ke Langkawi. ... pasti akan ke sini. Masing2 nak bergambar dengan helang gergasi tu.... bukti dah sampai Langkawi. Hi hi . Bila dah terlalu ramai pengunjung kat sini , siap kena tunggu giliran untuk bergambar bersama helang. Ia tempat yang cantik, view laut yang mendamaikan disertai angin yang menyegarkan.
Dataran Lang
Filem hindi pun buat pengambaran kat sini.
Subhanallah .... View yang cantik . Cukup indah ciptaan Allah SWT
2. Makam Mahsuri
Tempat bersejarah di Pulau Langkawi yang mengisahkan lagenda seorang wanita cantik bernama Mahsuri , mati disula kerana fitnah. Apabila masuk ke Kota Mahsuri .... anda akan melawat muzium disambut dengan persembahan gamelan , makam Mahsuri, perigi Mahsuri dan perkampungan Kedah yang menempatkan rumah - rumah melayu Kedah yang cantik dan indah. Terdapat banyak kedai cenderahati dan gerai makanan . Anda pasti menyukainya.
Pintu masuk ke Kota Mahsuri
Pemandangan dari hadapan muzium
Mahsuri yang jelita dibunuh kerana fitnah dan irihati
Makam Mahsuri
Rumah tradisional di Perkampungan Kedah
Rumah Mahsuri
Telaga Mahsuri .... airnya tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau .
3. Beras Terbakar
Ia merupakan tempat bersejarah di Pulau Langkawi. Untuk mengelakkan beras dirampas oleh tentera Siam maka ia kumpulkan dan dibakar. Datanglah ke sini untuk melihat kesan sejarah . Terdapat banyak gerai jualan di sini ... bawa je duit untuk shopping. Boleh beli kain batik dengan harga yang murah.
Pintu masuk ke Beras Terbakar
Di hadapan rumah tersebut beras itu dibakar.
4. Underwater World
Melihat pelbagai hidupan laut yang cukup unik dan indah. Bayaran tiket agak mahal ... jika datang dengan keluarga besar pasti beratus ringgit dihabiskan hanya untuk tiket je.
5. Cable Car Langkawi
Menaiki kereta kabel Langkawi di gunung Mat Cincang sesuatu yang mengerunkan. Tambah gayat bila hujan dan angin kencang yang menyebabkan gondola bergoyang. Namun apabila sampai di puncak ... pasti gembira melihat pemandangan indah pulau Langkawi.
Sebelum naik gondola ... pengunjung akan masuk ke skydorm , menonton video yang memeningkan kepala. So jangan fokus ketika menonton.
Pemandangan yang cantik
6. Pantai Cenang, Langkawi
Gambar diambil waktu pagi .... aman damai, tenang . Sejuk mata memandang.
Bila tengahari atau petang .... terlalu ramai orang.... sakit mata memandang, faham2 ajelah.
7. Laman Padi , Langkawi
Boleh lihat sendiri kedamaian suasana desa. Boleh menginap di sini dan pelbagai aktiviti disediakan.
8. Perusahaan Gamat
Macam2 yang boleh dibeli .... cenderahati buat keluarga dan rakan.
9. Kompleks Haji Ismail Group ( HIG )
Kedai HIG yang menjadi tumpuan pengunjung ke Langkawi. Kedai bebas cukai yang menjual pelbagai barangan seperti pinggan mangkuk, peralatan rumah , beg dan coklat. selain kedai HIG ... satu lagi yang menjadi tumpuan ialah kedai Idaman Suri.
10. Island Hopping Langkawi
Pelawat akan dibawa ke beberapa pulau seperti Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan