السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
CUIT-CUIT UST KAY (CCUK) Ahad, 30 Muharram 1436H. LABA @ BALA
Tak ada orang yang tak suka laba dan tak ada orang yang suka dapat bala. Laba ialah keuntungan atau kebaikan yang diperolehi daripada sesuatu pihak atau pekerjaan. Manakala bala pula ialah suatu bencana atau keburukan yang ditimpakan oleh Allah SWT kepada seseorang atau kepada sesuatu kaum.
PENCERAHAN :
Memang kedua-duanya mempunyai perbezaan yang jauh. Tetapi kedua-duanya juga mempunyai persamaan yang dekat, iaitu kedua-duanya adalah ujian daripada Allah SWT:
(1)
أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّ اللَّهَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ وَيَقْدِرُ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
"... Dan mengapa mereka tidak melihat bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang beriman." (QS Ar-Rum : 37)
(2)
أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَأْتِكُم مَّثَلُ الَّذِينَ خَلَوْاْ مِن قَبْلِكُم مَّسَّتْهُمُ الْبَأْسَاء وَالضَّرَّاء وَزُلْزِلُواْ حَتَّى يَقُولَ الرَّسُولُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ مَعَهُ مَتَى نَصْرُ اللّهِ أَلا إِنَّ نَصْرَ اللّهِ قَرِيبٌ
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan dan serangan penyakit, serta digoncangkan, sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya; Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat. (QS Al-Baqarah : 214 )
Sama ada kita menerima laba ataupun bala, kedua-duanya menuntut kita agar bersyukur dan bersabar bila menghadapinya. Sabda Rasulullah SAW :
عَجَبًا لأمرِ المؤمنِ إِنَّ أمْرَه كُلَّهُ لهُ خَيرٌ وليسَ ذلكَ لأحَدٍ إلا للمُؤْمنِ إِنْ أصَابتهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فكانتْ خَيرًا لهُ وإنْ أصَابتهُ ضَرَّاءُ صَبرَ فكانتْ خَيرًا لهُ
"Pelik urusan orang Mu’min, kerana semua urusannya baik, semuanya kerana ia seorang yang mu’min, sekiranya ia menerima ni’mat atau kebaikan maka ia bersyukur, manakala jika ia ditimpa musibah atau kesusahan ia bersabar, dana itulah yang terbaik untuknya." (HR : Muslim)
DATANG BALA KERANA DOSA-DOSA MANUSIA
فَكُلّاً أَخَذْنَا بِذَنبِهِ فَمِنْهُم مَّنْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِ حَاصِباً وَمِنْهُم مَّنْ أَخَذَتْهُ الصَّيْحَةُ وَمِنْهُم مَّنْ خَسَفْنَا بِهِ الْأَرْضَ وَمِنْهُم مَّنْ أَغْرَقْنَا وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيَظْلِمَهُمْ وَلَكِن كَانُوا أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
"Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri" (QS Al-Ankabut : 40)
KESIMPULAN :
Laba jangan hanya dipandang pada wang ringgit atau harta yang bertambah sahaja, dikurniakan isteri yang solehah dan anak-anak yang baik dan bijak adalah juga laba @ keuntungan yang besar pada seseorang. Begitu juga bala, jangan hanya dipandang pada banjir besar, gempa bumi yang dahsyat atau angin taufan dan sebagainya. Tetapi kos sara hidup yang semakin menghimpit, berleluasanya maksiat dan berkurangnya orang yang soleh dalam sesebuah negeri atau negara juga merupakan satu bala sebenarnya. Wallahu a'lam - Teringat pernah Ust. Kay berforum bersama Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki. Ukay's (SYEIKH HJ. KAMIL AL-JAWI AL-JERAMI)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan