Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Khamis, 6 November 2014

Tazkirah

Assalamualaikm wbt.   Tazkirah santai petang ini….. 😄

Apabila Salahudin AlAyubi Berjaya mengalahkan tentera salib.  Seluruh Paderi Kristian berkumpul di Paris berbincang untuk mencari jalan bagaimana untuk melemahkan umat Islam.  😔 Mereka telah membuat kesimpulan bahawa tentera Islam tidak mungkin boleh ditewaskan dengan kekuatan senjata semata-mata.😌
Dalam perbincangan tersebut, ketua paderi telah Berjaya mencari jalan untuk melemahkan umat Islam, iaitu dengan mengoyakkan al Quran dari diri umat Islam😔… apabila mendengar kenyataan ketua paderi itu, maka ramai paderi yang bangun mengambil al Quran dan terus mengoyakkan al Quran….😵 Tindakkan paderi2 itu telah diperbodohkan oleh ketua paderi itu dengan katanya.. “ Kenapa kamu semua bodoh sangat, bukan begitu…  sekiranya kamu mengoyakkan al Quran seperti itu pasti akan mengundang kemarahan umat Islam dan seterusnya akan menghancurkan kita semua”…😈

Rupa-rupanya maksud kata-kata ketua paderi dengan mengoyak-koyakkan al Quran dari diri umat Islam itu adalah dengan menjauhkan al Quran dari umat Islam, dengan kata lain, menjauhkan umat Islam dari menghayati al Quran.👿 Pandaikan mereka….😪 Hari Ini, kita sebagai umat Islam sangat lemah kerana tidak lagi menghayati al Quran, dan tidak menjadikan al Quran sebagai panduan hidup kita sebenar-benarnya.  Kita umat Islam pada nama sahaja... 😂

Dari penghayatan saya… Orang kafir menggunakan berbagai platform untuk menghancurkan umat Islam  antaranya iaitu : 4 S   dan  4 F
S   :   Sex                     F   :  Female      
S   :   Song                   F   :  Fun
S   :   Sports                 F   :  Food
S   :    Smoke                F  :   Fesyen

Kalau kita perhatikan, umat Islam akan menjadi lemah dengan perkara2 di atas… 😔untuk penerangan lebih lanjut 4S dan 4F tu insyallah dikesempatan akan datang…  Semoga kita dapat mengambil pengajaran dari tazkirah santai di atas. 😔 Sama-sama kita menjadi al Quran sebagai panduan hidup yang sebenar. Kembalikan kegemilangan Islam. Semoga akan lahir lagi Salahuddin Al Ayubi😊

Tazkirah oleh u. Ahmad Muhid SMKSB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...