Ikan wadik memang popular dalam kalangan orang banjar . Ikan wadik macam ikan pekasam tapi tak sama. Arwah emak selalu buat ikan wadik , maklumla masa tu ikan haruan, sepat dan puyu memang banyak . Teringat masa kecil2 dulu... selepas musim mengerat/ menuai padi adalah waktu menimba telaga (mengeringkan perigi) ... masa tu akan dapat ikan haruan, keli, sepat dan ikan puyu dengan cukup banyak . Sebahagian ikan dijemur untuk dijadikan ikan kering dan sebahagian lagi dibuat ikan wadik. Maklumla masa tu mana ada peti ais nak simpan ikan. Jadi inilah cara yang dilakukan oleh mereka apabila dapat ikan yang banyak ( ikan dikeringkan dan dibuat wadik ).
Air wadik dimakan bersama pelam muda ... maklumla pelam ada di sekeliling rumah. Pagi2 dah kutip buah pelam ... boleh dapat satu timba/baldi. Dan kini , ia hanya tinggal kenangan. Jom saya kongsikan cara nak mewadik... seronok jika pandai mewadik ... lepas nie tak yah nak beli lagi, buat je sendiri. Tapi tak boleh makan selalu sebab ia masin... ken la jugak jaga kesihatan.

Bahan-bahannya :
1.5 kilo Ikan puyu/sepat/haruan ( Siang dan bersihkan ikan sebersih2nya )
Garam kasar
Asam keping
2 cawan beras ( basuh beras dan toskan kemudian beras disangan dan ditumbuk halus )
Balang/tupperware untuk mengisi ikan

Cara Membuatnya :
Tabur beras di dalam balang ( beras yang telah disangan dan ditumbuk halus ), kemudian tabur garam kasar . Lepas tu susun ikan di dalam balang. Taburkan semula beras, tabur garam dan letak asam keping yang dah dibasuh. Buat secara berulangkali hingga ikan habis. Ingat ye ... tabur beras, garam, ikan, beras, garam dan asam. Tutup rapat balang tadi dan peram selama satu minggu. Lepas satu minggu ... dah boleh masak ikan wadik tu.
Mewadik ikan sepat, puyu dan haruan ... susun ikan dalam balang
Tabur beras, garam ,ikan , beras, garam dan asam keping
Dah dapat satu balang..

Ikan wadik nie tahan disimpan lama selagi belum dimasak.
Basuh bersih ikan wadik kemudian goreng . Jika ikan yang dibuat tu masin ... rendan dulu sebelum dimasak untuk menggurangkan kemasinannya. Apabila ikan dah masak... angkat, kemudian gorengkan hirisan bawang merah dan cili api . bila ia dah garing ... taburkan je atas ikan tadi.
Sedap dimakan dengan nasi putih yang panas2.
Ini cara yang betul:
BalasPadamIkan perlu digaram dan diperap sekurang2 nya satu malam
Asingkan ikan dan air garam
Ikan dilumur beras goreng yg ditumbuk
Air garam direbus dan disejukkan
Susun ikan dalam balang selang seli dengan garam dan asam keping
Masukkan rebusan air garam yang sudah disejukkan
Tutup balang dan biarkan seminggu

Terima kasih en Zulkifli ...
BalasPadamItulah cara yang di ajar pada saya. Lepas ni saya leh cuba cara itu pula
air utk merebus garam tu bub berapa bnyk?
BalasPadamair & garam tu ltk berapa bnyk?
BalasPadam