Melawat ke Muzium Kapal Selam. Masa kami ke sana, jalan masuk ke Muzium sangat teruk sebab kawasan sekitar masih dalam pembinaan. Macam tak percaya je... itu jalan ke Muzium Kapal Selam. Apa tidaknya.... jalan tanah yang becak dan berlopak.
Kapal Selam Penyerang
Bayaran tiket RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk kanak2
Datang musim hujan ... bertakung air kat bawah kapal ni
Keadaan di dalam kapal Selam
Katil yang disediakan bagi sesiapa yang berhajat untuk bermalam di dalam kapal selam. Minima 20 orang dan maksima 35 orang untuk satu malam. Bayaran bermalam RM120 semalam . Untuk keterangan lanjut boleh layari blog perzim.
Tengok apa tu ...
Bilik tidur pegawai kapal selam
Bilik Mesyuarat
Bilik tidur ... nak kena badan slim2 je tidur kat sini... tengok la ruangnya.
Dapur masak
Macam mana la diorang masak kat dalam kpal nie... aduh sempitnya.
Terlalu sempit ruang di dalam kapal selam nie.....
Lawatan menambah pengetahuan ... bagus.
Harga tiket masa nie ....Rm3 dewasa dan RM1 kanak2
ke muzium
Jalan yang masih dalam pembinaan ... kawasan sekitar juga dalam pembinaan. Akan datang tentu lebih baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan