Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Selasa, 23 Disember 2014

Pantai Klebang, Melaka

Ada sesuatu yang unik tentang Pantai Klebang,  Melaka.  Penambakan tanah di pantai Klebang dan terdapat banyak bas lama yang digunakan semula sebagai gerai makan dan minum . Malah tandas awam juga menggunakan bas lama... menarik.
Suasana pantai Kalebang
Pantai yang luas 
Deretan bas yang dijadikan gerai.... masa ni , gerainya tak buka pulak.
Gerai Coconut Shake Original
Kami oder coconut shake dan beli sikit makanan, kemudian naik bas tu .... bas yang dijadikan tempat makan. cuma tak bergerak basnya.
Antara menu yang disediakan di sini
Jom kita naik bas nie...
Disediakan beberapa meja dan kerusi di dalam bas untuk pelanggan menikmati hidangan... emmm, sesuatu yang menarik di sini.
Saya tanya peniaga, mereka sewa bas ini satu bulan RM450. 
Bahagian hadapan bas... disediakan sink .
Bahagian belakan, stor barang2 peniaga.
Gerai char kuey tiaw
Tandas juga dalam bas yang telah diubahsuai. 
Gerai Asam pedas
Bas-bas yang dijadikan gerai... sesuatu yang menarik di pantai Klebang
Inilah opis untuk urusan penginapan di dalam bas.
 Bas-bas lama yang dijadikan "hotel dalam bas " .... bilik penginapan dan boleh disewa oleh sesiapa. Satu bilik untuk dua orang.
Deretan Bustel yang boleh disewa dengan bayaran bilik  RM120 semalam. Saya kena fikir banyak kali seandainaya  nak tidur kat sini. Ia mungkin tidak sesuai buat saya dan keluarga.
Tak nak tidur dalam bilik bas, boleh sewa homestay atau hotel kat mana-mana . Apapun pilihan kita, fikirkanlah soal keselamatan, keselesaan dan kesesuaian kita serta keluarga sebelum membuat bayaran .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...