Alhamdulillah . ..cuti akhir tahun 2014 seorang sahabat mengajak untuk pergi bercuti ke Hot Springs Sungkai . ..... Inilah yang dikatakan rezeki apabila semuanya telah diuruskan. Tempat penginapan telah pun ditempah dan dibayar olehnya. Kami tinggal masuk je .... terima kasih sahabatku ...semoga dirimu dan keluarga diberi kesihatan , dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
Bilik2 penginapan yang luas dan selesa. Suasana cukup mendamaikan dan sangat sesuai sebagai tempat percutian keluarga.
Di sinilah kami menginap . ..
Cukup luas
Sahabatku dan keluarganya menginap di villa ini . Villa satu bilik tetapi bilik tidur dan ruang tamu cukup luas. Dapur yang selesa serta disediakan beberapa kelengkapan dapur bagi memudahkan penghuni untuk masak.
Ada... "private pool" bagi yang tinggal di vila.. suka hatilah nak berendam berapa lama .... sampai kecut pun tak pe. Villa 1 bilik maka hanya sebuah kenderaan sahaja dibenarkan masuk ke kawasan villa . Jika datang ramai ... kenderaan lain kena parking kat luar.
Room
Rack Rate ,Super Peak , Peak, Low
Deluxe 300 250 220 180
Villa 1 1000 700 600 500
Villa 2 1200 900 800 600
Villa 3 1500 1100 1000 700
Super Peak : Public Holidays, School Holidays, Eve & Festive Holidays
Petunjuk Arah memudahkan pengunjung yang pertama kali ke sana. Bilik2 penginapan dan villa ... kedudukannya agak jauh.
Meranti Coffee House
Kehijauan pokok sawit mewujudkan suasana yang tenang dan damai.
Berikut Harga Tiket :
Dewasa RM 12
Kanak2 RM 10
Warga Emas RM 7
OKU RM 2
Anak2 boleh mandi manda di kolam sejuk air gunung ataupun kolam air panas.
Boleh rebus telur kat air panas nie. 1 manggkuk ada 6 biji telur ayam dengan harga RM5. Di sini makanan dari luar tidak dibenarkan di bawa masuk.
Jika nak separuh masak ... rebus 3 minit je.
Boleh jalan2 di Taman Terapi dan berendam dalam kolam air panas yang tersedia.
Disebelah tu punca air panas
Rendam kaki .. Mudahan kita sihat. Sambil rendam kaki .... bolehla nikmati telur rebus bersama kicap cair dan lada putih. Memang bestt
Kami ambil lumut2 hijau yang dekat batu tu ... lumur dan gosok perlahan pada tangan.... hasilnya tangan bersih dan lebih putih. Kami gosok pula pada muka ...