Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Rabu, 7 Januari 2015

Keadaan Selepas Banjir Di Pantai Timur 2014

Biar gambar  yang bercerita  tentang  keadaan   Selepas   banjir di pantai  timur .
Banjir yang berlaku adalah yang terburuk sejak 1967 .... lebih 200 ribu mangsa banjir di seluruh negara.
Banjir memusnahkan ribuan  rumah, sekolah, masjid dan surau serta premis kerajaan.
Banyak cerita2 sedih pengalaman mangsa banjir yang kita baca.... sangat menyedihkan hingga menitik airmata setiap kali membaca cerita keperitan , kesusahan mereka . 
Sekadar perkongsian dari sahabat(ustaz) yang menjadi mangsa banjir...
24/12/2014 dalam masa 12 jam kg Pasir Ira Kuala krai tenggelam ditelan air. Ketinggian air mencecah 40 kaki. Seluruh kampung tenggelam. Aku dgn anak isteri lari naik ke bukit dan tinggal di sana selama 4 hari3 mlm. Mkn minumapa yg ada dlm hutan tu. Betik putik, pisang putik rebus mkn dgn budu. Tido mlm beralaskan daun2 kayu hutan. Pacat penuh tubuh bdn.Hujan setiap mlm. Tangisan anak2 kecik kelaparan,kesejukan,kesakitan dsbnya...

Ambo sendiri lemas tapi Allah masih syg, ambo diselamatkan drebar bot yg lalu. Kalau sahabat sahabiah berada dlm situasi aki time tu, agaknya mcmne yek... aku tabah sbb anak2..
Siang mlm menitis airmata. Anak2 dua org tu mengadu lapar...
Maknan yg bhg akucucur jemput tawar, aku sembunyikan dlm poket..SEBAB aper?? SEBAB aku nk suap ke mulut anak2 bila diorg ngadu lapar... ayah mana snggup dgr ank2 ngadu lapar di tgh mlm...
Masih terngiang2 rifki minta mknn jam6ptg.Masa mkn mlm jam 8mlm..aku pujuk rifki, nnti kul 8 kita mkn.... akhirnya rifki tertido dlm kelaparan...bila dpt nasi digaul dgn budu, aku kejutkan rifki dan suapkan nasi tu smpi dia kenyang.. dan tido semula... saki baki yg ad itulh bhg aku... tapi aku bersyukur, susahnya ujian ini, susah lg saudara kita di Palestin yg mempertahankan Qiblah pertama umat Islam..

Akhirnya1/1/2015 kwn2 aku dari team 4x4 dtg ambik aku dan family, kluar dari Kelantan..
Keta aku hancur tersangkut tepi sg Klate blkng umah... Kdp yg mmbantu scaralangsung atau tidak. ambo ucapkan jutaan trima kasih.
Terima kasih Allah, terima kasih sahabat, terima kasih teman , terima kasih kwn...

Bantulah mereka kerana mrk dalam kesusahan, kepayahan dan mrk terpaksa memulakan kehidupan baru setelah semuanya musnah di bawa arus banjir. 
Hanya tinggal tapak rumah ... sungguh menyayat hati 
Gambar2 ini adalah milik sahabat yang mengikuti misi bantuan ke Pantai Timur... Syukran ya ustaz Ahmad Muhid dan terima kasih buat anak buah yg menghantar bantuan ke Chenor.
Ya Allah ... berilah ketabahan, ketenangan dan kehidupan yang lebih baik buat mangsa2  banjir selepas menerima ujianMu ini.
Berat mata memandang...berat lagi bahu yang memikul.
Kehadiran misi bantuan banjir ... alhamdulillah masyarakat kita amat prihatin. Semoga Allah memberikan ganjaran yg terbaik buat petugas2 banjir dan semua sukarelawan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...