Ikan siakap biasanya di masak 3 rasa atau masak stim. Bagi saya masak stim lebih sedap dan lebih sihat berbanding siakap masak 3 rasa... Penyediaannya pun lebih mudah, ringkas ,cepat dan sedap. Apa yang penting family sangat suka resepi ini..
Bahan-bahannya :
1 ekor ikan siakap ( bersihkan dan kelar ikan , basuh dengan air asam jawa)
2" halia .... hiris halus
1 biji bawang besar ( hiris )
1 biji cili merah (hiris )
3 sudu sos tiram
2" karot ( potong halus/ sagat )
sedikit garam
sedikit serbuk perasa... jika suka
Sedikit daun sup
2" halia .... hiris halus
1 biji bawang besar ( hiris )
1 biji cili merah (hiris )
3 sudu sos tiram
2" karot ( potong halus/ sagat )
sedikit garam
sedikit serbuk perasa... jika suka
Sedikit daun sup
Cara - caranya :
Ikan yang sudah dibersihkan . ... lumurkan sedikit garam pada badannya. Tak perlu banyak nanti masin pulak. Taburkan semua hirisan atas ikan, campurkan sos tiram dengan setengah cawan air dan tuang atas ikan kemudian kukus ikan dalam 15 -20 minit. Bila dikukus, Akhir sekali taburkan daun sup.
Siap untuk dimakan..
Sangat sedap dan terasa manisnya ikan siakap.
Bismillah ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan