Alhamdulillah . .. Inilah yang dikatakan rezeki . Kami sekeluarga dijemput untuk menikmati makan malam di Restoren Aroma Pantai Jeram . Semoga penaja akan diberikan kesihatan, dipermudahkan segala urusan kehidupan dan terus dimurahkan rezeki oleh Allah SWT . Syukur Alhamdulillah kerana ini adalah kali ke 2.... kami diraikan di sini.... ada yg belanja.
Semakin cantik tempat ni .... dapat meja yang menghadap pantai. Nak datang sini lebih mudah buat tempahan meja terlebih dahulu....
Masih menunggu hidangan sampai . . tiba waktu maghrib ... kami solat dahulu di surau yang disediakan . Memang ramai orang terutama cuti dan hujung minggu.
Tempat makan bamboo yang besar tu RM20 ... yang kecil tu RM10
Kami seramai 20 orang
terima kasih pada yang belanja kami semua.
Datang tempat makan seperti ini .... lari diet
Rayyan yang comel .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan