Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Jumaat, 2 Januari 2015

Taman Seribu Bunga di Melaka

Taman Seribu Bunga ..... indah namanya . Masa datang ke sini ... bulan Disember 2014 . . tak banyak pokok yang berbunga. ... daun lebih rimbun dari bunganya. Maklum la ... ada pokok bunga yang sentiasa berbunga penuh dan ada yang ikut musim. Sejuk mata memandang melihat kindahan ciptaan Allah ... 
Pandu Arah akan memudahkan pelawat yang datang berkunjung
Biar gambar yang bercerita
"Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni) dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan ia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya)". Maksud ayat .... Surah Yunus :24
Maksud Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl : 69
"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...