Create your own banner at mybannermaker.com!

NUFFNANG

Rabu, 7 Januari 2015

Karenah Arnab

Melihat gelagatnya  menghiburkan  hati  kami  sekeluarga . Sekarang ni tengah cuti sekolah . .. maka keraplah arnab2  ni dibawa keluar dari kurungannya.
Bila dapat keluar ... semua benda nak dimakan.
Bila arnab2 ni dapat keluar ... semua benda nak dirasanya. Tengok tu .... daun belalai gajah pun dimakannya... 
secara berjemaah dikerjakannya.
3 ekor arnab ni ...anak si Gemuk... 
Berebut2 nak keluar bila pintu kandang dibuka . 3 beradik ni anak si Gemuk , lahir 10 November 2014.
Si Gemuk makan daun pandan, selain pandan ... dia makan daun kadok, pegaga dan daun ginseng jawa. Daun ginseng jawa ni boleh membanyakkan air susu ... sesuai sangatlah untuk arnab ni.
Ni juga anak si gemuk .... lahir pada 13  Disember 2014. 4 ekor tapi yang hidup cuma 2 ekor je.
Sekarang dah besar sikit ... umurnya hampir 4 minggu
Dah ada 5 kandang untuk 10 ekor arnab. 
Kami juga ada sepasang arnab teddy bear , siak masjid yang bagi , masa tu umurnya 1 bulan( tarikh lahir 28 Ogos 2014)  ... sekarang umur teddy bear 4 bulan lebih. Bulunya panjang dan perlu disikat setiap minggu untuk mengelakkan bulunya berpintal.

Kami beri nama Panda untuk arnab ni. Badannya besar dan matanya cantik. Anak si Gemuk yang paling besar . .. 1 tahun dah umurnya. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...